Assalamuilaikum w.b.t. and say hello for non muslim
Sebelum membuka bicara, saya MOHD FARID BIN ABD RAHMAN ingin mengucap setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah saya kerana memberi kesempatan dan ruang untuk saya menulis dan menceritakan di laman ini.Alhamdullilah ke hadrat allah s.w.t saya diberi peluang menyambung pelajaran di POLITEKNIK SEBERANG PERAI,mengambil jurusan diploma akauntansi.Sejurus dengan itu menjadi sebahagian akauntan bank di Malaysia.Tidak dijangka bahawa saya dipilih menjadi salah seorang pelajar akaun di Politeknik Seberang Perai.Dipilih atas keputasan spm.Amat bertuah menjadi sebahagian pelajar PSP sebernarnya.Saya amat bertuah lagi mendapat kelas yang sungguh happening.Kelas DAT1B dimana saya ditempatkan.Mempunyai ahli-ahlinya yang peramah,hyperactive,happening dan cheerful.Dipilih oleh ahli-ahli yang lain wakil pelajar kami cukup tegas dalam mejalankan tugas yang diberi.Yang amat penting sekali kami mendapat pensyarah penasihat akedemik yang cukup baik hati dan happening sekali.Dan barisan-barisan tenaga pengajar/pensyarah yang cukup sporting.Persekitaran PSP yang bersih dan kondusif menenangkan jiwa semasa belajar.Bilik kuliah dilengkapi dengan pendingin hawa dan suasana yang cukup indah disamping senang memperolehi ilmu yang disampaikan.Kesemua pensyarah yang mengajar kelas DAT1B amat sporting dan memahami kerenah pelajar kelas ini.Syukur kerana dipilih menjadi sebahagian pelajar kelas DAT1B.Mengapa saya memilih jurusan diploma akauntansi?Perkara pertama minat untuk menjadi pegawai bank.Jika diberi peluang ingin menjadi akauntan bank negara ataupun audit negara.Memang tidak dinafikan bahawa saya tidak mempunyai asas dalam akaun.Saya berazam untuk mempelajari dan mendalami ilmu akaun.Perkara kedua ialah cita-cita saya yang terkini.Mungkin pada mulanya cita-cita saya menjadi seorang pegawai polis kini berubah ingin menjadi seorang akauntan.Perkara yang menyebabkan saya berubah fikiran ialah faktor utamanya untuk menjadi seorang pegawai polis harus menjalani latihan dan kursus dalam polis.Mungkin saya tidak dapat melakukan latihan dalam polis.Difahamkan latihan tersebut harus berkawad dan menjalankan ketahanan mental mahu pun fizikal.Disebabkan itu saya mengambil langkah ingin menjadi seorang akauntan.Persekitaran yang berhawa dingin yang saya mahu kan.Ketiganya saya ingin membuktikan bahawa saya yang akan menjadi akauntan salah seorang dalam adik beradik saya.Membuktikan bahawa saya mampu merubah dari keluarga seorang yang bekerja sebagai polis iaitu bapa saya sendiri kepada akauntan.Seterusnya,saya dapat membanggakan ahli keluarga saya.Ibu bapa saya mesti berbangga jikalau anak-anaknya mempunyai pekerjaan yang hebat-hebat belaka.Mengapa saya memilih politeknik sebagai institusi pendidikan saya?Perkara utama ialah politeknik merupakan institusi pendidikan tinggi awam(IPTA).Kedua ibu bapa saya inginkan saya melanjutkan pelajaran di IPTA.IPTA menjamin peluang pekerjaan kepada graduan lepasan diploma mahupun ijazah.Politeknik juga diiktiraf oleh kementerian pengajian tinggi(KPT) sebagai institusi temapatan yang telah melahirkan graduan yang mahir berkerja dan memiliki ilmu yang berguna dalam pekerjaan.Politeknik juga mendedah pelajar ke alam pekerjaan pada semester keempat.Disitu mula timbul keinginaan saya melanjutkan pelajaran di politeknik.Syukur kini saya berjaya melanjutkan pelajaran saya di POLITEKNIK SEBERANG PERAI(PSP)dan mengambil jurusan akauntansi.Insyaalah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi pointer yang tertinggi (4.00).Dengan berkat doa kedua ibu bapa saya,atuk dan nenek saya,mahupun pensyarah yang mengajar saya, saya berjaya memperolehi pointer 4.00 tersebut.Matlamat saya memeperolehi 4flat di PSP.Insyaallah.Saya bercita-cita menyambung pelajaran selapas diploma di politeknik di universiti sains malaysia(USM),universiti utara malaysia(UUM)dan universiti yang terkemuka.Selepas meyambung pelajaran di universiti-universiti tersebut saya ingin bekerja di dalam sektor kerajaan.Tidak kira walau apa pun pekerjaan.Sekiranya rezeki saya menjadi seorang akauntan di bank negara saya akan memberi komitmen dan mejalankan tugas dengan jujur dan ikhlas.Alangkah gembiranya saya mendapat pekerajaan di bank negara.Selepas bekerja beberapa tahun saya menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di peringkat master.Insyaallah jika diberi peluang dan menyambung program/jurusan yang sama.Bak kata pepatah melayu mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Program diploma akauntansi banyak mendedahkan dengan pengurusan dan pembelanjaan yang sistematik.Institusi di politeknik banyak mendedahkan dan mengajar pelajar untuk berhadapan dengan masyarakat.Disebabkan itu saya memilih politeknik sebagai platform saya untuk terus mengapai cita-cita saya.Akhir kalam,doakan kerjayaan saya.Saya MOHD FARID BIN ABD RAHMAN.Yang lemah itu datang daripada saya sendiri,yang baik itu datang daripada allah s.w.t
No comments:
Post a Comment