Saturday, 26 January 2013

MY EXPECTATION ABOUT MY PROGRAMME

Assalamuilaikum w.b.t. and say hello for non muslim
Sebelum membuka bicara, saya MOHD FARID BIN ABD RAHMAN ingin mengucap setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah saya kerana memberi kesempatan dan ruang untuk saya menulis dan menceritakan di laman ini.Alhamdullilah ke hadrat allah s.w.t saya diberi peluang menyambung pelajaran di POLITEKNIK SEBERANG PERAI,mengambil jurusan diploma akauntansi.Sejurus dengan itu menjadi sebahagian akauntan bank di Malaysia.Tidak dijangka bahawa saya dipilih menjadi salah seorang pelajar akaun di Politeknik Seberang Perai.Dipilih atas keputasan spm.Amat bertuah menjadi sebahagian pelajar PSP sebernarnya.Saya amat bertuah lagi mendapat kelas yang sungguh happening.Kelas DAT1B dimana saya ditempatkan.Mempunyai ahli-ahlinya yang peramah,hyperactive,happening dan cheerful.Dipilih oleh ahli-ahli yang lain wakil pelajar kami cukup tegas dalam mejalankan tugas yang diberi.Yang amat penting sekali kami mendapat pensyarah penasihat akedemik yang cukup baik hati dan happening sekali.Dan barisan-barisan tenaga pengajar/pensyarah yang cukup sporting.Persekitaran PSP yang bersih dan kondusif menenangkan jiwa semasa belajar.Bilik kuliah dilengkapi dengan pendingin hawa dan suasana yang cukup indah disamping senang memperolehi ilmu yang disampaikan.Kesemua pensyarah yang mengajar kelas DAT1B amat sporting dan memahami kerenah pelajar kelas ini.Syukur kerana dipilih menjadi sebahagian pelajar kelas DAT1B.Mengapa saya memilih jurusan diploma akauntansi?Perkara pertama minat untuk menjadi pegawai bank.Jika diberi peluang ingin menjadi akauntan bank negara ataupun audit negara.Memang tidak dinafikan bahawa saya tidak mempunyai asas dalam akaun.Saya berazam untuk mempelajari dan mendalami ilmu akaun.Perkara kedua ialah cita-cita saya yang terkini.Mungkin pada mulanya cita-cita saya menjadi seorang pegawai polis kini berubah ingin menjadi seorang akauntan.Perkara yang menyebabkan saya berubah fikiran ialah faktor utamanya untuk menjadi seorang pegawai polis harus menjalani latihan dan kursus dalam polis.Mungkin saya tidak dapat melakukan latihan dalam polis.Difahamkan latihan tersebut harus berkawad dan menjalankan ketahanan mental mahu pun fizikal.Disebabkan itu saya mengambil langkah ingin menjadi seorang akauntan.Persekitaran yang berhawa dingin yang saya mahu kan.Ketiganya saya ingin membuktikan bahawa saya yang akan menjadi akauntan salah seorang dalam adik beradik saya.Membuktikan bahawa saya mampu merubah dari keluarga seorang yang bekerja sebagai polis iaitu bapa saya sendiri kepada akauntan.Seterusnya,saya dapat membanggakan ahli keluarga saya.Ibu bapa saya mesti berbangga jikalau anak-anaknya mempunyai pekerjaan yang hebat-hebat belaka.Mengapa saya memilih politeknik sebagai institusi pendidikan saya?Perkara utama ialah politeknik merupakan institusi pendidikan tinggi awam(IPTA).Kedua ibu bapa saya inginkan saya melanjutkan pelajaran di IPTA.IPTA menjamin peluang pekerjaan kepada graduan lepasan diploma mahupun ijazah.Politeknik juga diiktiraf oleh kementerian pengajian tinggi(KPT) sebagai institusi temapatan yang telah melahirkan graduan yang mahir berkerja dan memiliki ilmu yang berguna dalam pekerjaan.Politeknik juga mendedah pelajar ke alam pekerjaan pada semester keempat.Disitu mula timbul keinginaan saya melanjutkan pelajaran di politeknik.Syukur kini saya berjaya melanjutkan pelajaran saya di POLITEKNIK SEBERANG PERAI(PSP)dan mengambil jurusan akauntansi.Insyaalah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi pointer yang tertinggi (4.00).Dengan berkat doa kedua ibu bapa saya,atuk dan nenek saya,mahupun pensyarah yang mengajar saya, saya berjaya memperolehi pointer 4.00 tersebut.Matlamat saya memeperolehi 4flat di PSP.Insyaallah.Saya bercita-cita menyambung pelajaran selapas diploma di politeknik di universiti sains malaysia(USM),universiti utara malaysia(UUM)dan universiti yang terkemuka.Selepas meyambung pelajaran di universiti-universiti tersebut saya ingin bekerja di dalam sektor kerajaan.Tidak kira walau apa pun pekerjaan.Sekiranya rezeki saya menjadi seorang akauntan di bank negara saya akan memberi komitmen dan mejalankan   tugas dengan jujur dan ikhlas.Alangkah gembiranya saya mendapat pekerajaan di bank negara.Selepas bekerja beberapa tahun saya menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di peringkat master.Insyaallah jika diberi peluang dan menyambung program/jurusan yang sama.Bak kata pepatah melayu mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Program diploma akauntansi banyak mendedahkan dengan pengurusan dan pembelanjaan yang sistematik.Institusi di politeknik banyak mendedahkan dan mengajar pelajar untuk berhadapan dengan masyarakat.Disebabkan itu saya memilih politeknik sebagai platform saya untuk terus mengapai cita-cita saya.Akhir kalam,doakan kerjayaan saya.Saya MOHD FARID BIN ABD RAHMAN.Yang lemah itu datang daripada saya sendiri,yang baik itu datang daripada allah s.w.t

Friday, 18 January 2013

WHAT FARID ED INTEREST?

Assalamuallaikum w.b.t and say hello to non muslims
Sebelum membuka bicara,saya berbesar hati mengucap ribuan terima kasih kepada pensyarah yang telah memberi ruang untuk saya menulis sedikit info/input mengenai diri saya sendiri.Sebelum ini tidak terlintas di fikiran saya untuk mencipta laman blog.Namun setelah diberi tugasan, saya berkesempatan berkongsi cerita di dalam laman blog ini serta telah mincipta laman blog sendiri.Nama diberi MOHD FARID BIN ABD RAHMAN(maksudya:yang teristimewa,permata yang tiada bandingan)diberi kepada saya.Dilahirkan di hospital melawati,selangor.Dibesarkan di keramat wangsa,kuala lumpur.Sebelum kepada agenda asal,saya ingin memperkenalkan keluarga saya.Nama bapa saya ABD RAHMAN BIN IBRAHIM dan ibu saya SHARIZAH BINTI OSMAN.Kedua-duanya adalah hero dan heroin saya. Mempunyai 3orang adik beradik dan saya anak yang kedua daripada 3 adik beradik.Nama diberi NADIA NABILAH BINTI ABD RAHMAN merupakan kakak kepada saya.Adik pula diberi nama MUHAMMAD NABIL BIN ABD RAHMAN merupakan adik saya sendiri.Saya diberi pendidikan awal di tadika early learning center di au2.Disini bermulanya sejarah sebagai seorang pelajar sekolah tadika.Saya diajar dan didik oleh guru yang cukup baik.Pada mulanya perasaan takut tu ada lah juga sebab ditinggalkan oleh ibu dan bapa.Tapi nak jadikan cerita pada hari pertama persekolahan saya menangis ketakutan.Sehingga sebulan saya terus menangis untuk pergi ke sekolah.Entah kenapa dan mengapa saya menangis untuk pergi ke sekolah.Mungkin tidak biasa pada awalnya.Ataupun saya ni tidak boleh berjauhan dengan ibu bapa.Padahal kawan-kawan yang lain ok je ke sekolah.Hairan juga dibuatnya.Tiap-tiap hari menangis malu jugak kawan-kawan yang lain tengok.Nanti kena ejek pulak kan.Tak macho lah kan!Lebih kurang sebulan saya pergi ke sekolah tanpa menangis lagi.Hee. Kemudian mendapat pendidikan di SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT.Disini bermula sejarah baru saya diajar dan diberi pendidikan awal di peringkat sekolah kebangsaan.Pada hari pertama saya tidak dapat menafikan bahawa saya menangis sehingga dua minggu selepas itu baru saya dapat menyesuaikan diri.Maklumlah saya anak mak.HAHA!Pada peringkat menengah pula saya mendapat pendidikan di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SETIAWANGSA.Disini bermula kehidupan saya sebagai seorang remaja yang masih belajar.Saya mempunyai ramai rakan mahupun sahabat sejati.Maklumlah kan seorang yang peramah dan pandai mencari kawan baru.Sejarah yang tak dapat dilupakan ialah kenangan manis di SMK TAMAN SETIAWANGSA sejak dari tingkatan 1 sehingga tamat persekolahan tingkatan 5.Ibarat "SEKOLAH KU RUMAH KU".Mempuyai peristiwa pahit mahupun manis.Kalau dapat kembalikan masa itu,ya allah sungguh indahnya dunia.Entah kenapa dan mengapa pada masa itu saya tak dapat lupakan.Mungkin pada masa yang sama saya menjadi seorang yang remaja ataupun mempunyai kawan yang sama kepala.Ibarat isi dengan kuku.Macam-macam benda yang telah di lalui.Susah senang dilalui bersama.Itu dinamakan sahabat sejati.Amboi!Payah betul panggil diri aku 'saya'.Maafkan saya kalau sebut diri aku lepas ni.Dalam banyak-banyak kawan ada yang betul2 dinamakan kawan.Yang lain kawan jugak cuma macam-macam tu jelah.Bersyukur sehingga sekarang aku tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral.Ada jugak kawan aku sendiri terjebak dengan aktiviti tidak bermoral.Mujur ada yang membimbing aku termasuk kedua ibu bapa aku.Memang manusia tidak dapat melarikan diri dengan dosa sedikit kias daripada insan yang bernama MOHD FARID.Bukan ini yang aku ingin ceritakan, tapi minat dan kesukaan aku yang aku ingin ceritakan.Minat aku banyak sebenarnya,yang paling minat sekali lepak.Kadangkala ada jugak buat amal jariah tak lah lepak buang masa.Entah kenapa aku minat lepak.Mungkin kerana rakan-rakan,persekitaran,faktor diri aku yang banyak bercakap.Mungkin sebab itu aku pilih lepak sebagai minat dan kesukaan aku.Lain orang lain minatnya.Lepak aku tak berakhir begitu sahaja,banyak aktiviti yang telah aku penuhi.Dan aktiviti tersebut sememangnya menyeronokan bagi diri aku.Jangan fikir yang bukan-bukan.Minat dalam musik pula memang banyak lah,sebagai contoh:paramore,skrillex,steve aoki,tiesto dan sebagainya.Asalkan musik dan rentak yang sempoi.Minat dalam sukan?Sukan yang aku minat main snooker,main game,renang,bowling dan karoke.Kesemua sukan yang aku minat mulanya memang tak terer langsung.Lama kelamaan hebat la kan.Minat aku yang seterusnya pada kereta.Sejak kecil aku diberi mainan kereta.Ada mainan kereta yang besar dan yang kecil pun ada.Macam-macam koleksi kereta aku miliki.Sekarang aku minat untuk memiliki sebuah kereta pula.Entah bila aku boleh memiliki kereta sendiri.Minat aku seterusnya membeli belah.Kenapa aku minat shopping?Perkara pertamanya aku minat berfesyen.Tak la over sangat!Mungkin disebabkan pengaruh rakan.Selanjutnya,minat aku pada ilmu pengatahuan.Sebagai contoh aku sanggup melanjutkan pelajaran selepas spm walaupun tempoh masa yang begitu lama diperuntukan untuk aku memperoleh ijazah.Disini menunjukan bahawa aku minat pada ilmu.Syukur alhamdulilah aku telah berjaya dalam peperiksaan spm sehingga berjaya menempatkan diri disebuah Institusi pengajian tinggi awam "POLITEKNIK SEBERANG PERAI".Mengambil jurusan DIPLOMA IN ACCOUNTACY.Dari kecil memang cita-cita dan minat menjadi seorang akauntan tiada dalam fikiran,namun setelah memasuki sekolah menengah mula terbit cita-cita menjadi seorang akauntan walaupun pada masa itu aku tidak mengambil jurusan tersebut.Aku akan berusaha demi mencapai cita-cita menjadi 'pegawai akautan'.Insyaallah sesungguhnya jika kita berusaha dan beriman kepada allah s.w.t.cita-cita dan kemahuan akan dimakbulkan.Terbitnya cita-cita menjadi akautan bermula dari kemahuan kedua ibu bapaku.Ibu bapaku ingin melihat salah seorang dari anak-anaknya berjaya menjadi seorang doktor,akauntan dan enginerring.Namun dari situ aku mengambil peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang akauntan.Selain itu,ibu bapaku memberi dorongan dan sokongan kepada aku.Aku bejanji ingin memberikan keputasan yang cemerlang kepada ibu bapaku.Minat aku dalam akauntan pula semasa aku bekerja dengan uncle aku sendiri.Uncle aku ini membuka syarikat sendiri.Membuka sebuah syarikat movers iaitu pidah rumah,membekal alat2 dan melakukan kerja-kerja pindah pejabat.Tapi syarikat uncle aku ini banyak projek dengan bank-bank di malaysia.Salah satu bank SME BANK,HONG LEONG BANK dan sebagainya.Dari situ aku melihat pegawai-pegawai dan saff bank menarik minat aku.Kekemasan dan keterampilan meraka membuat aku jatuh cinta.Maklumlah kan aku minat dalam bergaya dan berfesyen.Tempoh diberi kepada aku untuk ke kuliah/kelas mengambil masa 1jam didepan cermin.Ada sahaja yang tidak kena pada diriku.Sehingga aku berpuas hati baru meninggalkan bilik/kamsis.Minat mengayakan kemeja membuat aku minat dalam bidang akauntan.Persekitan tempat kerja di bawah pendingin hawa membuatkan aku ingin menjadi seorang akauntan.Dalam bab makanan pula aku minat/suka pada western food,fast food,claypot,mamak dan masakan melayu.Tak kesah makanan apa pun aku sapu je.Asalkan halal sudah.Kalau dah sentuh bab makanan tak sah kalau tak sebut bab minuman kan.Minuman yang aku minat ialah jus buah-buahan dan tidak bergas sudah cukup untuk aku.Minuman yang paling aku minat ialah air kosong/mineral.Yang ini paling aku suka.Kalau tak dapat setiap hari mesti tension punya.Minat aku bukan itu sahaja, minat aku pada kereta juga membuat aku gila ingin memiliki sebuah kereta sendiri.Kerata yang aku minat begantung pada gaji.Sekiranya gaji seorang akauntan baru mungkin kecil gaji mulanya.Mungkin pada masa itu aku ingin memiliki sebuah kereta kia forte.Sebab utama harga tidak melebihi 100k pun.Masa gaji naik pula kereta idaman aku ialah nissan gtr.Harga tak sampai pun 1m pun, 500k je.Fuhh,bayangkan lah aku dah la muka handsome,jambu,kacak dan bergaya naik nissan gtr.Confirm hero gadis2 punya.Amin apa yang diinginkan termakbul.Kini,setelah mejejakkan kaki ku di PSP bermula lah perjuangan dan pengorbanan aku terhadap akauntan.Akhir kalam doakan saya berjaya mencapai cita-cita.
MY INTEREST CARS!
MY HOBBY AND LOCATION WHEN I HANG OUT